Friday 30 December 2011

MENCARI JODOH

TUKANG GUNTING: Dah berapa lama bini hang meninggal Kassim?

KASSIM: Dah 4 bulan.

TUKANG GUNTING: Tak cari ganti ke?

KASSIM: Tengah dok cari le ni!!

TUKANG GUNTING: Dah jumpa ke?

KASSIM: Ada depa bagitau kat Taman Mewah tu. Tapi muda sangat. Baru saja jadi janda. umur baru 35.

TUKANG GUNTING: Elok lah tu!!!

KASSIM: Tak boleh lah. Aku dah 60 tahun. Tak kan cari yang 35. Mana larat nak LAYAN yang 35.

TUKANG GUNTING: He he... apa yang hang nak risau. La ni banyak ubat nak bagi kuat BENDA tu...

KASSIM: Kena cari yang sepadan dengan kita. Ada orang bagi tau aku dengan kampung tu pun ada.

TUKANG GUNTING: Dah pi tengok ke?

KASSIM: Aku dah pi merisik. Baru pencen nurse. Bila aku pi tengok, dia terketar-ketar tangan macam ada penyakit. Macam mana nak jaga kita. Takut nanti kita pula jaga dia.

TUKANG GUNTING: Kalau hang memilih, macam mana nak cari teman tempat tidur?

KASSIM: Ada seorang kat Kampung Pandan tu. Dia dalam iddah lagi. Aku dah tanya. Dia tengah fikir. umur 45. Sesuai lah untuk aku. Aku pun dah syok dengan dia.

TUKANG GUNTING: Elok dah tu. Yang penting malam, hang ada teman tidur.

KASSIM: Kalau jadi, aku bagitau hang lah. Ok lah... aku nak pi kena teh tarik pula. Assalamualaikum.

Thursday 29 December 2011

LAGENDA SI KENING PUTIH

JOHAN: Risau aku tua nanti. Takut bukan setakat rambut putih, misai dan kening pun turut putih. Kau tau ke macam mana nak elak dari misai kening turut putih.

KARIM: Mudah saja! Jangan jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!!!