Monday, 9 October 2017

IKAN KEMBONG MAHAL. DULU SHABEERY CHIK KATA AIR PANAS, HARI NI LAUT GELORA.

Image result for shabery chik ikan kembung

Senang jadi Menteri.

Dulu cakap harga ikan kembung mahal kerana cuaca panas, kali ni, Shabery Chik cakap mahal sebab laut bergelora.

Laut mana tak bergeloralah Shabery! Kalau tak bergelora orang tak panggil laut.

Semakin bertambah menteri standard ahmad maslan & hassan malek era najib razak ni



Laut bergelora, harga ikan kembung naik - Ahmad Shabery
Oktober 09, 2017 14:45 MYT




Laut bergelora dan lain-lain kos dihadapi nelayan menyebabkan ikan kembung kurang maka harga naik. - Gambar hiasan.
KEMAMAN: Kekurangan ikan kembung di jeti pendaratan di seluruh negara menyebabkan harganya tidak stabil dan sedikit mahal sejak akhir-akhir ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata tinjauan yang dilakukan di jeti pendaratan mendapati harga kembung memang meningkat dan kebanyakannya ditetapkan pada harga RM12 sekilogram.

"Kalau ikan kurang di tempat pendaratan, ertinya harga ikan akan naik. Jadi sukar untuk saya memaksa nelayan (menjual dengan harga murah seperti biasa), kerana waktu ikan kurang, mereka terpaksa pergi jauh ke laut dan menggunakan minyak (enjin) yang lebih, menggunakan tenaga yang lebih, tiba-tiba orang meminta saya mengawal harga pendaratan ikan.

"Apabila kurang ikan semasa pendaratan, maka kita kena akui (harga menjadi mahal) kerana kos untuk nelayan pergi ke laut lebih tinggi, tidak termasuk lagi musim yang tidak menentu, laut yang bergelora dan cabaran serta kemungkinan bahaya yang nelayan perlu lalui," katanya kepada pemberita.

Beliau meninjuau program Gotong Royong Perdana di tapak lokasi Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata pemborong dan peruncit juga mempunyai risiko tertentu dan pastinya mereka turut mengambil margin keuntungan yang sekali gus menjadikan harga kembung yang dijual pada pembeli sedikit mahal.

"Sekarang telah masuk bulan Oktober dan laut mula bergelora yang menyebabkan harga ikan kembung telah naik dan kemungkinan ikan-ikan lain juga akan naik. Ia mengikut kaedah ekonomi iaitu sebagai contoh, kalau harga cawan naik, maha harga piring juga akan mengikut sama," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini masih belum terdapat teknologi yang membolehkan ikan kembung diternak seperti ikan siakap, tilapia dan sebagainya yang boleh menjadikan harganya stabil sepanjang masa.

-- BERNAMA