Wednesday, 3 January 2018

NAIM SEMBILANG TAK MACAM DULU

Image result for naim sembilang

DAH lama tak ke Naim Gulai Sembilang di Tanjung Dawai.

Pernah sekali nak ke sana, telefon Arwah tuanpunya kedai. Kedai tutup, katanya. Pada hari tersebut Arwah mengadakan kenduri menikahkan anaknya.

Semasa Krismas baru2 ini, berkunjunglah kami sekeluarga ke Naim Gulai Sembilang.

Order macam biasa.

Terasa kelainannya. Lain dari semasa Arwah mengendalikan kedai tersebut.

Mungkin sekarang dikendalikan oleh anak2 Arwah.

Harganya lebih mahal. Rasa tak berbaloi pula bawa kereta jauh2 dan makanannya mahal dan rasanya pun tak macam dulu.

Inilah kali terakhir kami akan ke Naim Sembilang. Kenangan semasa Arwah mengendalikan kedai akan kekal selamanya.


No comments:

Post a Comment